Wednesday 1 July 2009

Bahasa Sanjungan Dunia

Indah alam kerana ciptaan-Nya,
Indah bahasa suara hamba-Nya,
Jikalau tiadanya bahasa,
Maka, musnahlah alam sekelip mata,
Alam terbela kerna budinya bahasa.

Dunia bahasa luas terbentang,
Umpama bintang di lautan angkasa,
Terus berkelipan selagi berkuasa,
Menceriakan kehidupan alam semesta.

Bahasa adalah bayangan syurga,
Namun bangsa berjuang meninggalkan bahasa,
Kerna anggapan bahasa satapan harian,
Tanpa mengenali bahasa pemangkin kemajuan bangsa,
Bangsa lenyap di mata dunia.

oleh: Zakwan

Pagi di Karbala, Malam di Gaza

Jeritan batin seorang wanita,
Yang lemah diseksa dan diratah,
Dihujani panah di Karbala, peluru di Gaza,
Sebagai kunjungan mentari, kehadiran purnama.

Hanya kerana darah suci dan bangsa,
Hanya kerana bahasa dan tanahnya,
Anak kecil yang masih mengalir air mulutnya,
Dikesat pedang dan senapang.

Sabarlah wahai hamba Tuhan yang diduga,
Umpana daun hijau melayang di udara,
Selagi warnamu tidak luntur,
Harapanmu tidak mudah dicabut dan digugur.

oleh: Zakwan